Wednesday, August 25, 2010

assalamualaikum...
arini, da ari ke 7 sakit gigi dan sudah beransur pulih.. alhamdulillah..
arini juga kelas aku berbuka sama2 kat luar. dan antara menunya ialah
* nasi goreng nelayan
* sotong celup tepung
* buah rambutan, duku, oren sebagai pencuci mulut....
&
* air bandung cincau
*air tembikai

seronok?? mungkin la. ntah la, mungkin mood aku sudah dirosakkan.
arini temanya hitam.

bercerita tentang makanan lak. bab ni la yang paling aku terasa ati. yang sotong celup tepung tu, kena kongsi 2 orang satu pinggan. so, aku ajak la kawan yang rapat dengan aku tuk share same2. aku segan la ngan orang lain...
aku bagitaw die, aku segan la ngan orang lain, tapi tak sangka yang die akan jawab..
"lau ngan orang lain tak leh makan banyak kan??"
tersentak aku bila die kate gtu. aku taw la aku gemok, tapi tak yah la sampai nak ejek2 aku gtu.

sampai je kat kedai, aku tak endahkan die. aku sengaja cari port yang jauh cikit dari die tapi tak taw la lau die pun mencari port yang jauh dari aku sebb pada die, aku ni makan banyak...

spoit betol mood aku hari ni. tapi nak wat macam mane lagi, lau da macam tu persepsi orang terhadap aku. sejak kat kedai, aku muram jek, tapi bila ada yang tegur, alasan yang aku bagi, aku sakit gigi....
memang aku sakit gigi tapi aku lagi sakit ati.

perlu ke aku bagitaw kawan aku tu? tak kot... sometimes, silence make better condition..
aku memang makan ati la dengan sikap kawan2 ni. nape lau time susah lain rupanya, time senang.... umh... da macam tak kenal kawan la..

aku kena belajar untuk aplikasikan

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI....

kadang-kala aku sedih sebb aku beri semuanya, perhatian, ambil kisah, kasih sayang, tapi??? belajar bersabar dila~~~

Thursday, August 12, 2010

kerja, kerja dan kerja..

assalamualaikum...
kat atas tu tajuk je lebih. kerja bukan buat sangat pun..
skunk ni memang banyak sangat kerja.

da dapat 5 assignment rasanya. yang nak kena anta pada tarikh yang sama, ada 3.
alhamdulillah... sabar..

ada lagi satu masalah besar sekarang ni..
masalah air yang melanda institut aku ni la. ingtkan da settle lepas byk aduan dibuat, tapi makin kritikal. waktu pagi da tak de air.. aku merayu pada orang yang bertanggungjawab, tolong la bekerja untuk memudahkan urusan kami. bukan kah itu tanggungjawab kalian semua.
lagipun, dapat pahal lau kita memudahlan urusan orang lain.
nak beribadat pun susah lau air tade ni, tandas kotor.. baju tak sempat basuh,
kami da penat buat aduan tapi makin teruk je ada la..

mintak sangt keprihatinan pihak atasan untuk meyelesaikan masalah yang membelengu kami ini... bantu la kami..

Monday, July 19, 2010

belajar untuk tahu

assalamualaikum....

sem ni berry agak sibuk dengan kerja2 untuk menjadi seorang guru. um, bukan senang ye nak jadi guru ni. kena pandai buat kerja, kena menarik. seronok sangat sem ni walaupun sibuk...

maybe sekarang je rasa seronok sebb tak byk keja lagi, t da byk keja, haha.... baru tau seronok ke tak ye!!

um, setakat ni, kami kena siapkan amali untuk pj, kena buat alat bantu belajar untuk ajar membaca. seronok...
bukan senang juga nak membaca ni.
sekarang, ada 3 kaedah untuk belajar asas membaca

1. kaedah fonetik.
  • membaca dengan mengajarkan bunyi
2. kaedah abjad
  • macam kita blaja dulu2.
  • kenal huruf dan ingt nama huruf tanpa tahu macam mane nak bunyikan huruf tu
3. kaedah pandang sebut,
  • haha,,, kaedah ni unik sikit
  • tengok gambar dan perkataan
  • pastu, kena ingt tulisan perkataan tu..
  • lebih kurang gtu la...
bila pk balik, bukan senang ye nak membaca ni kanak2.... alhamdulillah skunk ni kita semua da boleh membaca dan menulis. jadi, bersyukur la..
mase berry g buat pbs (pengalaman berasaskan sekolah ) pada mac lepas, kecian lau murid2 tahun 4 tak lehm membaca lagi. tapi, tak pe!!!

USAHA TANGGA KEJAYAAN!! chaiyok2~~~

Friday, July 09, 2010

tahniah.. blog baru

assalamualaikum..

ni la blog yang baru dicipta oleh berry...=)
blog ni adalah tempat untuk luahan perasaan dan lebih kepada mengenali berry yang sebenar..

masuk sem ni, berry da 2 tahun berada di ipgm kdri. tahun ni berry da masuk degree.
sangat berbeza kehidupan degree dengan foundation dulu.
antara subjek yang berry ambik untuk sem ni adalah....

1. geometry
2. decision mathematics
3. numerical literacy ( basic maths )
4. kemahiran literasi ( bahasa melayu )
5. pendidikan jasmani asas
6. murid dan alam belajar
7. english proficiency 2.
8. permainan (gerko ) tennis

tu sahaja. tapi minggu berry sangat penat dengan semua tugasan, nak siapkan fail lagi. plus, berry akan ikut aktiviti tambahan yang lain. biasalah, duk ipg ni byk program yang dianjurkan..

k la, tu sahaj wat mase ni...
=)
jumpa lagi. have a nice day..

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...