Sunday, August 05, 2012

oh anak-anak muridku :)

harini masuk minggu ke tiga aku ke sekolah gong badak untuk praktikum.... kelas yang aku ajar adalah seperti berikut :

1. 5 ibnu rusyd 
2. 4 ibnu rusyd
3. 3 ibnu rusyd
4. 5 abu darda

1 dan 2 ajar matematik
3 dan 4 ajar pk dan pj..

untuk entry ni, ak nak share pasal kelas 5 ibnu rusyd (5ir) sahaja...

seawal melangkah ke sekolah tu, guru pemimbing, ksiti ingatkan aku supaya ajar anak murid dia yang kelas 5ir ni elok2.. dia tak nak la ank murid dia ketinggalan sebb dia penat nak polish balik bila banyak sangat tertinggal.. first day aku masuk kelas 5 ir, aku berkenalan dan buat soalan matematik.. aku tengok, diorang ni seolah-olah sangat suka pada soalan matematik.

dan, dalam kelas tu, ada beberapa pelajar yang berjaya menarik perhatian aku. antaranya, lukman~ anak seorang ustazah. dia sangat comel dan takut diugut.. ngehhh... ada lagi, >>aku tak ingt nama dia, tapi dia sangat bagus. perempuan~

kelas ni ada 37 orng, dan dalam sejarah aku mengajar selama 2 semester ni, tu la kelas yang paling ramai. kena pulak di bulan puasa yang mulia ini. suara aku yang kuat menjerit ni pun mampooo tenggelam dalam suara anak-anak mereka.. ada masenya, aku da mula rasa down sebb mereka sangat bising... tapi, masalah berjaya diselesaikan :) alhamdulillah.

dan aku sanggup p jumpa pk1 nak relief kelas tu je sebb aku nak ajar mereka matematik. 

catatab sejarah : hari ini
-----> k.siti tak datang, bercuti.. seperti biasa la.. jadual guru ganti akan diedarkan di pagi hari. aku dapat kelas 5 ir. terfikir jugak, nak buat ape la kat kelas tu. dengan tak plan pape, dengan masuk 30 minit je, ape yang boleh aku buat untuk mereka? ulangkaji~

dan aku sangat gembira bila sesi ulangkaji hari ini sangat berjalan lancar. anak-anak murid mendengar arahan dengan baik. termasuklah yang dikenali sebgai nakal dalam kelas tu.. sejujurnya, aku tak kesah mereka bising, kalau bising itu adalah bising belajar..

dan yang paling penting bg seorang guru 'MEREKA BELAJAR SESUATU WALAUPUN SIKIT'

P/S : da start baik dan syg diorang.... :) jadi anak murid yang baik2 ye. thanks~

bagus la.....

anak-anak murid, sila duk diam2... bisingnya sekolah~ masyaallah... ape dah jadi??
 sabar~

Saturday, August 04, 2012

rangkum seminggu teros~

assalamualaikum.. lau tak jawab dosa, lau jawab sayang~ ngeehhhh... ( penah denar tak tagline ni??)

okeh, sejak berpraktikum ni, tak de mase sangat nak bercintan dengan blog neh walaupun kekadang ada je benda nak terluah~

kisah 1 :

minggu ni ak balik kampung, melawat atok yang sedang sakit... bila balik, tengok dia terbaring je, nak urus diri pun tak larat rasa mcm sedih lak.. kesian kat dia... lau kita tengok ni pun, da sedih, ape ntah lagi dia rasa kan... makan pun da tak lalu da...

aku bukanlah seorang yang rpat ngan atok aku, tapi mase nak balik tu, aku gosok2 lengan dia, kate da nak balik umah... mase dia sakit ni la aku rasa dia perlukan semua orang untuk care pasal dia... semua~
dia nak taw yang semua orang kisah bila dia sakit... tapi aku sendiri pun tak reti nak amek hati dia.. sedih bila tengok atok sendiri mcmtu... dia da lame sakit, dan setiap kali dia jath sakit, dia pasti akan cakap pasal dia da nak mati... kadang-kala datang gak terpikir kat kepala aku, ape perasaan dia dalam keadaan mcmtu?? takotnya~

same-same lah kita doakan semoga atok aku cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya.....

kisah 2 :

i am invited to pertandingan debat ulul albab yang first time buat kat unisza~ mase dapat jemputan tu, rasa hdup nih penuh semangat nak join la kan.... rasa nak melompat2 sampat ke atas bumbung sekolah bangunan empat tingkat pun ada... tapi,,,, uuhhuhuuu ( biarlah rahsia ape yang aku rasa ) sambutan orang lain tidaklah seberiya aku yang sangat excited!

sebb itulah debat ni antara suka dan duka. dalam suka ada duka, dalam duka ada suka.. kadang2 kita tak leh masuk, kadang2 kita kena banyak cnsider tentang ape orang lain nak... kadang2 aku sendiri dituduh tidak layak sebenarnya untuk berdebat~ > korang leh bayang tak bila aku kena hentam dan dalam mase yang same, aku juga kena berkorban untuk orang lain???

dalam debat, dan sebagai kakak... kakak in terms of kena sacrifies ape yang kita rasa... pergaduhan ngan seorang teammate di debat alam sekitar sehingga hari ini pun masih terkesan di hati aku.. saat aku sanggup melepaskan tempat aku dalam persidangan bagi memuaskan hati semua orang. sedangkan,saat aku merayu2 ingin masuk bersindang, tiada seorang pun yang kadangkala peduli jiwa ini meronta-ronta ingin bersidang..
dan bagi aku yang lebih pahit, bila orang membeza-bezakan aku dengan mereka (simpanan memang selalunya dipandang remeh oleh sesetengah orang)

aku masih lagi belajar, dan akan terus belajar... > apa yang mereka kate, pada tuduhan mereka, sangat menghimpit hati aku.. sebagai kakak, aku kena kuat. suatu hari mereka akan faham~

ketika hati berbicara tentang debat, aku rindu pada beliau yang sabar dengan ceritaku tentang debat~ bintul aqilah, i rindu u lah...

kisah 3 :

RPH, BBM dan WORKSHEET akan menjadi teman setia sepanjang 2 bulan di sekolah.. dan di saat ini, aku boleh melaungkan "AKU SANGAT SUKA PADA PEPERIKSAAN"... :) kerana ape?? kerana jika peperiksaan berlangsung, tiada 3 adik beradik diatas yang perlu disediakan.... hehehe...

semoga 2 bulan ini akan terus mendidik aku menjadi guru matematik yang berjaya, guru yang penyayang, perempuan yang matang dan genius, dan lain-lain yang masih belum mampu untuk aku taip disini... anak-anak didikku, sila jadi orang yan baik kelak~ cikgu sayang kalian.

p/s : ni penulisan rojak yang memang bercampur perasaan dan sebagainya,, maaf dalam satu post, kalian perlu untuk tukar2 mood pembacaan~ tengah ting tong nak menulis jugak mcni la jadinya.


Wednesday, August 01, 2012

tak kan ku biarkan

seronoknya sediakan bahan untuk anak murid belajar esok selepas pekena nescafe secawan :)
dan mendengar lagu sambil nyanyi2... yang belom siap adalah RPH... kenapalah perasaan membuat rph ini tidak hadir lagi... lepas ni kot..

mereka sangat comel bila diam dan seperti mencabar aku bila bising... sabar2... jangan marah~ bulan pose..
>> sesungguhnya aku sayang mereka... sayang anak murid2 aku yang comel (anda tak leh lawan kecomelan guru anda ye anak murid)

jom tengok ape aku da buat selama 2 minggu...

simple2 saje... semoga menjadi satu kegembiraan menulisnya :)

orang lain guna kertas bunga-bunga, aku guna kertas kuning je.. tak pe, yang penting isi dan kemas~

nilai dan kbkk untuk perancangan murid-murid...

hahaha.... aku adalah guru pj sem ni... percayalah ( muka merayu kepercayaan)

major~~ subjek kesayangan

biasa ke kan.....

gigihnya aku tulis banyak macam tu sekali.... :) demi anak didik
alhamdulillah, da nak abes 2 minggu.. aku da mula nak masuk dalam sekolah.. hati aku da mula kat sekolah walaupun penat setiap hari..
bukan mudah menjadi guru, tapi seronok~ bagi aku...

bila aku tenung muka anak murid yang aku syg, aku selalu pk yang mereka akan besar dan berjaya.. huhuuu.. terharu. nakal tu nakal juga ye, tapi belajar..

:: aku takkan benarkan mereka main2..sebb aku syg diorang.. sama seperti aku tak benarkan orang main2kan hati aku... 5ibnu rusyd, 4 ibnu rusyd, 3ibnu rusyd, 5 abu darda... ape pun korang, cikgu sayang sesangat kat korang

p/s : tetiba rindu kat pelajar kat sk kedai buloh... >>mode guru penyayang<

lelaki yang aku sayang

assalamualaikum..

bangun je dapat kol dari abah~ suh bukak bonet kete n check minyak power steering... aku p la bukak.. ptot la stering berat semenjak 2 menjak ni... minyak power stering da abes.... tbe2 rasa mcm mekanik da main bukak2 bonet kete ni...

dulu, ak marah benar lau terpaksa bukak bonet kete check pape before bertolak balik, tapi tbe2 hadir perasaan syiok lak dalam diri ni bila taw la serba sedikit tentang kereta....

pergh..... lelaki itulah yang selalu menyayangiku walaupun selalu aku kena marah.. thanks abah~

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...