Friday, December 09, 2011

blind date!!

gambar kat atas tu macam tak de maksud je kan... hehehe...

assalamualaikum...

aku nak cte tentang salah satu blind date aku ngan orang yang ntah,,,memang aku tak kenal dan tak nak kenal pun. >>bunyi macam kejam kan? tak pe.. kejam sikit je..

ok, cte dia bermula apabila this man text aku mase bulan 6 aritu. kebetulan mase tu my fon ni rosak. so, sume contact hilang la.. bila orang text aku, dengan baik dan sopannya aku menyapa siapakah gerangan di sane. cis, sekali orang tu aku tak kenal pun!! dan kalau orang tu kenal aku, dia tak lah pulak nak sesaje text aku.. sebb tak kenal,dia memang berani text aku...

pastu, termsg la pulak. byk kali gak dia ajak nak jumpa sampai datang besut segala nak jumpa aku, tapi aku ni memang mengelak la. *tak suka nak jumpa orang yang tak kenal.. mungkin pada sesetengah orang, itu ada lah SURPRISE!! tapi bagi aku tak!!

kebetulan that day, aku kua kb. aku ust ckp, lau nak jumpa aku kat kb. dia nak kenal aku in person! n bg aku lebih baik dari anta gambar segala.. 
aku memang nampak sgt la tak bersungguh pun nak jumpa. aku ckp kat mane aku duk mase tu pun nak tak nak je. aku tak tunggu dan aku selamber je boleh jejalan merata. mula2 cakap dalam kedai kasut, pastu gerak g kedai lain pulak.. biasalah kan, bila da tak nak jumpa ni, macam la pulak alasannya.

akhirnya berjumpa la juga di depan pintu masuk parkson kb tu. aku g ngan my kazen la ke kb pada hari tersebut. my kazen ni lagi la lawa n hot dari aku. maybe lau orang tak kenal, boleh cakap aku ni mcm gaya bini orang da!! ~ sadisnya ....
this man ni, jumpa aku, jeling2 plak kat kazen aku. dan aku rasa aku faham cara pandangan lelaki macamtu kat pempuan. seyes la, mate dia giler liar tengok my kazen... hoish!! 
to make this clear, aku bukan jeles pun, tapi menyampah la sikit.. da jumpa depan2, aku terus blah..

dan aku text dia, aku kate :-
:: sekarang ni da tercapai la matlamat awk dalam perkenalan kita kan.. assalamualaikum...::
dan, aku terus delete semua msg yang aku duk text tadi dan delete num fon dia juga!! no more ok!

the end!

moral of the story : aku tak mo la wat blind date lagi... ntah mane2 la orang yang aku kenal ni.. silap gak aku. tapi dengan jumpa, dia bleh nilai sendiri la aku ni mcne dan no more texting!! oyeh2..

Thursday, December 08, 2011

kisah pemandu teksi

subhanallah.... subhanallah... subhanallah...

ada yang sangat meng'impress'kan aku arini.... tersentuh hati aku ni ...

assalamualaikum pembaca sekalian... >>walaupun aku taw, tak ramai yang baca...agagagaga...

hari ni, aku nak bercerita tentang pemandu teksi yang aku jumpa pagi tadi,, masyaallah.... memang bagus sangat!

kisahnya bermula apabila aku n my kazen ni plan nak g kb arini iaitu pagi tadi... tapi, setibanya kami tibe di bus stop tu, bas meluncur lancar je depan mate kami.. dengan erti kate lainnya, kami terlepas bas la..!! hahaha...

da bincang2, kami pun plan la nak amek teksi je ke kb. duk tunggu la dengan penuh kesabaran di bawah simbahan cahaya matahari yang terang benderang hari ni.. dalam 15 minit, datang la sebuah teksi betol2 kat depan kami. teksi macmni....


teksi tu kosong sebb pakcik drebar tu baru je hantar orang kat pulai condong. then aku dan sepupu aku nak la duk belakang. ada sorang lagi makcik tu duk depan.... da lame duk dalam kete tu, kamo duk sembang2 la..
dia kate, dia tolak sorang penumpang dia yang nak ke besut walaupun harga tambangnya boleh tahan mahal iaitu rm60. sebb dia tak  nak hantar orang tu ialah sebb dia nak solat kat masjid kampung dia...

dia kate " tak leh la, pok cik ni da waktu subuh takleh, waktu zohor tak leh, asar tak leh, isyak tak leh.... kena g la masjid tu!!"...




so dia pun bercerita tentang solat suant sebelum dan selepas yang mane bertujuan untuk menutup kelompangan-kelompangan atau kecacatan solat fardu.. mase tu aku yang duk kat belakang ni da impress da ngan pak cik ni... hebat juga la ilmu dia... mungkin selalu p dengar ceramah kot...

pastu, tadi kan aku cite ada mak cik duk kat sebelah dia kan... mcik tu tye la dia sekali lagi pasal tujuan solat sunat rawatib tu, tanye2 pasal solat kita cacat tu kenapa, pak cik tu relax je jawab semua pertanyaan mak cik tu.. aku n my kazen yang duk kat belakang tu, dia je dengar pak cik tu duk bercerita.. kadang2, kami senyum la mengiakan ape yang pak cik tu kate,,,

da nak g kb ni bukan dekat plus pulak banyak la kesesakan lalu lintas kat situ.. so, kejap2 brek... aku pun tak berani nak bawak kete p kb!!

dalam perjalanan tu lagi, pacik tu cite la yang di pernah belajar kat pondok kat kubang kerian dulu.. jadi, dengan tak semenanya berlakulah dialog seperti di bawah :

makcik : da tu demo tak keje la mase ngaji kat pondok???

pakcik : eh, mane boleh tak keje... allah yang suh kita keje ni.. laki kene keja, wajib! nak bagi nafkah kat isteri....

:: banyak la penerangan dia tentang hal ni... aku memang teruja la dengan kate2 dia.. dia dari awl2 sampai la kami sampai kb, dia selalu tekankan yang kita kena kerja sebb tuhan yang suruh kita keje!! dan dia ingatkan tentang kehidpan ni bukan sekadar hidup di dunia semata!!. awesome la pak cik tu....

bila aku ni di situasi sebagai penumpang, naik teksi ngan orang mcm pakcik tu, dapat jugak la kesedaran tentang kehidupan ni kan... subhanallah la....

>> bekerja kerana allah yang suruh!!

pastu, sampaila aku n my kazen kat tempat yang dituju.. kami berdua punya tambang ialah rm10. aku duk kat tengah ni, hulur duit. kazen aku da kua... ase aku bagi tu, dia kate "alhamdulillah"... dan aku pun kua..

bila aku kua, kami sembang2 la seperti berikut: -

my kazen : kak, pak cik tu cium duit pastu masukkan dalam poket...

aku : laaa, bagus la pak cik tu kan... sejuk ati naik teksi ngan dia.. berkat la rezeki dia...

>> untuk pengetahuan korang, pak cik tu ada 13 orang anak dan dia sangat menjaga solat dia.. 6 orang anak dia alhamdulillah da berjaya... aku doakan semoga pak cik tu sentiasa diberkati dan dirahmati allah...... subhanallah.



[ p/s : aku ni kan , tak de la pandai sangat bercerita, dan mngkin penyampaiaan aku ni kurang jelas.. tapi, aku sangat teruja dengan pkacik teksi yang kerja kerana Allah dan mengingatkan penumpang2 beliau kepada Allah.... ]


pakcik,,,, kamoo sangat bagus!! thumbs up untuk pak cik..oyeh2 pak cik!! keep it up okehhh...

ini bukan tangan aku, aku culik gambar ni kat google!! thanks google!

kenapa sunyi ye....?

assalamalaikum kawan2...

lamenya tak update blog ni... haish... sangat tak sempat nak update blog...

kisahnya bila aku buat pilihan untuk balik duk kat kampung untuk teman my grannies kat kampung.. atuk aku tak bape cihat, kebetulan pulak aku nak tunggu sepupu aku balik umah... dia keje kat kl sebelum ni...

so, kat kg ni tak de line even aku suh adik aku bawak pulang lappy aku ke rumah sebb tak guna pun lappy kat kampung!! and today...

I AM HOME!! oyeh3...

nantikan entry seterusnya!!

Tuesday, November 22, 2011

:: suara hati ::

seolah hilang dalam diri sendiri... kembali mencari, siapa aku sebenarnya dan apekah identiti aku??? hilang!! hilang apabila kedukacitaan yang dulu menerjah kembali dalam diri sehingga menjadikan aku lemah....

aku lemah dalam meneroka kekuatan dalam diri. dek kate2 yang digembar gemburkan, aku hilang keyakinan... sehingga aku sendiri lupa bahawa banyak perkara yang aku buat tanpa aku nilai, aku telah BERJAYA melakukannya tanpa dugaan orang lain...

diam aku sejenak, mengasingkan diri dari kebisingan adik2 yang sedang bermain angry bird... termenung sendiri aku di dalam bilik... mula membuka beberapa blog yang juga menjadi intaian aku. mungkin ada yang boleh dicari disitu...

hakikat dukacita dari seorang kenalan sekolah mungkin membantu.... idea yang diperkatakan dalam entry beliau mungkin mengembalikan aku >> rumate aku selalu kate "back to basic"..

teringat lagi 1 blog seorang kenalan yang juga selalu memberi kekuatan dalam melalui cabaran duniawi ni,,, mungkin blog dan penulisan dalam imiginasinya boleh membantu kita mencari kekuatan diri daripada kelemahan yang ada... ini blog aripp >> tekan sini 

jika lihat aku lemah, sokonglah aku dengan penuh semangat agar aku tidak terus tersungkur.

Monday, November 21, 2011

here we are

i found this pic in my camera!! 
i would like to share with readers..
my siblings and i

aidil fitri 2011- felda pasir raja, kulai, johor...

dari kiri - kakak, abby, abe, achik and aqis

randomly

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...